Kata orang, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Siapalah kita hendak mempertikaikannya? Baru-baru ini tular pula video Wan Nor Baizura sedang membuat review menu makanan di sebuah restoran, mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.
Terdahulu, Wan Nor Baizura yang pernah viral di media sosial minggu lalu kerana cuba mempertahankan anak lelakinya yang dituduh mencuri di kedai serbaneka di Dungun, Terengganu. Bagaimanapun, kes tersebut telahpun selesai kerana kedua-dua pihak telah bermaafan.
Wan Nor Baizura atau lebih gemar dipanggil sebagai Kak Long, telah dijemput untuk membuat review menu makanan di sebuah restoran milik @lesung.ppit. Review itu dibuat bersama anaknya dalam keadaan bersahaja.
@lesung.ppit Kak long dh dtang kedai.. Everything ok 👌 chek out FB : lepak village cafe.. Ig : lepak_villagecafe. #kaklong #vairal #7e #7eleven #kaklongkosmetik ♬ original sound - M.Ridzuan
Malangnya, netizen tidak dapat menerima dan mengecam tindakan pemilik restoran, selain ada yang mengancam mahu melancarkan boikot terhadap restoran tersebut.
"Bang, memang tak ada orang lain ke nak ambil? Sebab dia viral je, terus ambil dia review makanan? Jangan disebabkan dia, orang boikot kedai kamu," kata netizen.
Menyedari video review Kak Long menerima banyak reaksi negatif, pemiliknya, Ridzuan, tampil memberi penjelasan bahawa dia sudah lama mengenali Kak Long dan berharap netizen 'move on' serta tidak memberi persepsi negatif kepadanya.
"Kak Long dah buat permohonan maaf. Saya faham anda semua marah dan tidak setuju dengan cara dia. Tetapi yang buruk kita buang jauh-jauh, ambil tauladan.
"Dia, memang dari saya buka kedai, dia hari-hari datang. Boleh check Facebook kami. Saya kenal dia dah lama," katanya.
Menurut Ridzuan lagi, video itu sebenarnya video lama, video sebelum kejadian Kak Long mencetuskan kekecohan di kedai serbaneka.
"Dia selalu datang sebelum ni, tapi dia okay saja. Ini video lama. Dulu dia datang ke kedai cara baik. Tapi di 7 Eleven dia buat hal, kita sama-sama doa. Jangan cari kesalahan orang lain. Kita terpalit dosa percuma," ujarnya.
Mengulas mengenai tindakan segelintir netizen yang mahu memboikot perniagaannya, Ridzuan berkata boikot itu adalah hak manusia dan rezeki itu adalah milik Allah. Tidak wajar disebabkan kesalahan seseorang, netizen menghukumnya sehingga ke akhir hayat.
"Kita tidak ada hak untuk menghukum. Saya bukan nak mempertahankan dia. Betul apa yang dilakukan (kes di 7 Eleven) itu adalah salah. Cuma kita tak berhak menghukum sesiapa. Kita pun ada buat salah, tetapi Allah tentukan hukumannya," katanya.
@lesung.ppit Reply to @noorazilawatiabdrahman sikit2 boikot.. Mcd elok je kaya raya... #vairal #kaklong #kaklongkosmetik #tiktok #7eleven ♬ original sound - M.Ridzuan
Sumber: TikTok Ridzuan
source https://www.thereporter.my/2022/03/saya-faham-anda-semua-marah-owner.html