(Video) Wanita hisap gam dalam bas & curi Honda City sebelum terbabit dalam kemalangan, ditahan polis


Tular di media sosial semalam video menunjukkan seorang wanita didakwa menghisap gam dalam bas awam sebelum dihalau keluar oleh pemandu. Tidak beberapa lama kemudian, wanita itu dikatakan melarikan kereta Honda City dan terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri sebelum ditahan orang awam. 


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian itu dan suspek berusia 38 tahun telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 279 kanun sama kerana memandu secara berbahaya. 


Siasatan awal mendapati, suspek yang mempunyai 14 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah itu pada awalnya melarikan  kereta Honda City di hadapan Kolej Vokasional Setapak di Jalan Genting Klang, jam 2.30 petang. Ketika itu, pemilik kenderaan dan isterinya keluar dari kereta tanpa mematikan enjin. 




Sewaktu memandu kenderaan itu, suspek dikatakan melanggar kereta orang lain lalu dikejar sehingga ke persimpangan lampu isyarat di hadapan Setapak Central dan mengalami kemalangan ketika cuba melarikan diri. 


Akibatnya, cermin kereta dipecahkan dan suspek ditarik keluar dari kenderaan daripada terus membahaya orang lain, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/02/video-wanita-hisap-gam-dalam-bas-curi.html
Previous
Next Post »