PRN Johor tetap Onz walaupun kes Covid-19 meningkat - PM


Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan pada 12 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun kes harian Covid-19 terus mencatat peningkatan mendadak. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PRN Johor tidak dapat ditangguh kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengumumkan tarikh penting seperti penamaan calon dan pembuangan undi. 


Namun begitu, penangguhan PRN Johor boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengumumkan darurat, tetapi Ismail enggan berbuat demikian.


"Ia tidak boleh (tangguh PRN Johor). Hanya ada satu cara yang boleh tangguhkan PRN iaitu dengan mengadakan darurat, itu sahaja kaedahnya.


"Apabila DUN sudah dibubarkan, butiran pilihan raya sudah diumumkan termasuk tarikh dan sebagainya, ia memang tidak boleh ditangguhkan. Kalau nak ditangguhkan hanya dengan mengumumkan darurat di seluruh Johor.


"Kalau kita buat darurat, tak akan Johor sahaja darurat, negeri lain tidak (darurat) kerana peningkatan kes berlaku seluruh negara. Saya sudah umumkan tiada lagi sekatan termasuk darurat akan dilakukan selepas ini," katanya.


Sumber: Sinar Harian



source https://www.thereporter.my/2022/02/prn-johor-tetap-onz-walaupun-kes-covid.html
Previous
Next Post »