(Video) 'Saya nak jual 'malam pertama' saya RM6,000' - Demi bantu keluarga, gadis nekad jual maruah diri


Tular di media sosial video seorang wanita sanggup menjual keperawanannya dengan harga RM6,000 hanya kerana mahu membantu keluarganya yang sedang menghadapi masalah kewangan. 


Dalam video pengakuan berani matinya itu (bahasa mandarin), wanita yang hanya dikenali sebagai Alice itu mengakui di masih dara dan belum berkahwin. Video tersebut dipercayai dirakamnya menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran. 


"Keluarga saya tengah susah, jadi saya berhasrat menjual malam pertama saya dengan harga RM6,000. Saya harap semua dapat memberikan saya peluang, terima kasih," katanya. 



Namun begitu, netizen di media sosial menasihatkannya untuk tidak berbuat demikian kerana masih ada banyak lagi cara lain untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya. 


Tidak kurang juga yang mempersendakan keputusan wanita itu dan mengatakan harga yang dikenakan terlalu mahal. Malah turut tampil beberapa wanita mengakui juga pernah menjual 'malam pertama' mereka secara terbuka di media sosial, tanpa rasa malu. 


Ada yang mendakwa, video tersebut hanyalah sekadar content untuk menarik perhatian warga maya di media sosial.



source https://www.thereporter.my/2022/02/video-saya-nak-jual-malam-pertama-saya.html
Previous
Next Post »