7 lelaki potong kemaluan sendiri secara live di laman Dark Web berbayar


Tujuh lelaki telah ditahan polis dalam serbuan di utara London yang dikaitkan dengan aktiviti kumpulan ajaran sesat di mana mereka merekam video diri mereka dikembirikan bagi tujuan penyiaran berbayar di dark web.


Turut dirampas sebuah komputer dan beberapa bahan bukti lain, ketika polis melakukan pengeledahan selama tiga hari di kediaman itu dari 7 hingga 10 Disember 2021. Tujuh lelaki termasuk seorang pesara yang ditahan itu berusia antara 30-an dan 60-an. 


Seorang suspek berasal dari Norway berusia 44 tahun, yang juga menetap di pangsapuri tersebut ditahan kerana disyaki berkomplot sehingga menyebabkan kecederaan parah. Suspek dipercayai mengendalikan sebuah syarikat penerbitan filem dan menjalankan prosedur itu bersama enam individu lain yang ditahan. Mereka bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan. 


Difahamkan, prosedur mengerikan itu dilakukan oleh ahli kumpulan ajaran sesat berkenaan di sebuah ruang bawah tanah pangsapuri Finsbury Park.


Kumpulan ajaran sesat itu menggelar diri mereka sebagai Nullos, di mana beberapa ahlinya akan memotong kemaluan sendiri yang disiarkan secara live di dark web dalam perkhidmatan berbayar bagi setiap tontonan.



Kumpulan ajaran sesat tersebut dipercayai ditubuhkan oleh artis Jepun, Mao Sugiyama, yang telah membuat alat kemaluannya melalui pembedahan sembilan tahun lalu ketika berusia 23 tahun.


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2022/02/7-lelaki-potong-kemaluan-sendiri-secara.html
Previous
Next Post »