'Saya jamin, tiada lagi total lockdown' - Azmin jamin Putrajaya takkan laksanakan total lockdown sebab dah ada 2 tahun pengalaman


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan total lockdown kerana tindakan itu boleh melumpuhkan sektor sosial dan ekonomi. 


"Saya jamin tiada lagi total lockdown.. sebab saya sudah beritahu dan kementerian pun sudah beritahu pendirian kerajaan, hari ini kita mesti bertindak mengikut data dan sains. 


"Mungkin di peringkat awal dahulu, kita tiada pengalaman, tidak cukup data untuk bertindak tetapi sekarang sudah dua tahun, kita tak boleh tanggung untuk melaksanakan total lockdown. 


"Kesan terhadap pekerjaan amat besar, tiga bulan pertama tahun 2020 apabila kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pengangguran kita naik ke 5.3 peratus, seramai 826,000 orang hilang pekerjaan. 


"Saya pekerja hilang pekerjaan, dia akan membabitkan satu keluarga. Mungkin empat atau lima orang. Kalau kali lima, sudah hampir lima juta rakyat Malaysia tidak ada pendapatan dan tidak mampu meletakkan makanan di atas meja untuk keluarga mereka," katanya. 


Azmin berkata demikian di Program Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, malam tadi. 


Tambahnya lagi, jika berlaku peningkatan kes jangkitan secara mendadak, kerajaan hanya akan mengambil pendekatan bersasar. 


"Kita tak boleh lakukan itu (total lockdown). Ya, pandemik sesuatu yang perlu kita uruskan dengan efektif. Soal kesihatan, kita akan usahakan yang terbaik, tetapi kesihatan ekonomi juga penting. Inilah tanggungjawab kita untuk pastikan keseimbangan," katanya. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/02/saya-jamin-tiada-lagi-total-lockdown.html
Previous
Next Post »