'So, (baby) made in Janda Baik la ni?' - Fizo Omar umum isterinya hamil buat netizen teruja & ucap tahniah beramai-ramai


Sejak Januari lalu, peminat mengesyaki Fazeera Nazri, isteri kepada pelakon Fizo Omar bunting pelamin selepas melihat gambar yang dimuat naik di Instagram pelakon berkenaan. 


Setelah puas berteka teki, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol  Wan Omar, 36, melalui platform yang sama mengumumkan bahawa isterinya kini berbadan dua. Video yang dimuat naik itu menunjukkan Fazeera membuat kejutan kepada suaminya dengan memberi alat ujian kehamilan pada bulan pertama perkahwinan mereka. 


"Ia kejutan besar dia buat saya apabila beritahu hamil. Alhamdulillah, ini hadiah paling bermakna buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar," tulisnya. 


Dalam video berdurasi 52 saat itu, Fizo omar berkata, " Maksudnya awak pregnant? Serious?! I love you. Biar betul sayang? Are you ready? So made in Janda Baik la ni? Hahaha! Yes, I'm so happy". 


Fizo mengakui dia terkejut apabila ditunjukkan alat ujian kehamilan itu dan tidak menyangka diberi rezeki yang istimewa itu. 


"Ye la, baru sebulan kahwin, tiba-tiba my wife tunjuk test kit tu dan cakap 'Sayang, I positive'. Positive apa ni sayang? Syukur Ya Allah, rezeki 2022 ni datang back to back dengan izinMu Ya Allah. 


"Semoga Allah memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah yang akan membawa daddy dan ummie ke syurga. Ameen," tulisnya. 



Sementara itu, ramai rakan-rakan artis, para peminat dan netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti itu. 


"Bunting pelamin terus, rezeki! Congrats both Fazz and Fizo. Take care and stay safe," kata Myera. 


"Wah! Alhamdulillah and so sweet. Tahniah, semoga dipermudahkan segala urusannya," kata Ati. 


Sumber: Instagram Fizo Omar, Fazeera Nazri




source https://www.thereporter.my/2022/02/so-baby-made-in-janda-baik-la-ni-fizo.html
Previous
Next Post »