Cemburu punya pasal, wanita maut dikelar di bahagian leher


Mayat seorang wanita berusia 20 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan miliknya di Serdang Perdana, Seri Kembangan, malam tadi. 


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mayat pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat itu ditemui oleh orang awam yang melaporkan terdapat pergaduhan berlaku di kawasan tersebut. 


Siasatan awal di lokasi mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 7 malam. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan kelaran di bahagian lehernya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut. 


Ekoran kejadian itu, polis telah menahan teman lelaki mangsa berusia 33 tahun pada jam 11.30 pagi ketika dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. 



Pemandu lori itu mengaku terbabit dalam kejadian itu dan motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu. Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/02/cemburu-punya-pasal-wanita-maut-dikelar.html
Previous
Next Post »