(Video) 'Security ketat kat sana, camne boleh terlepas masuk?' - Polis buru 2 suspek pecah rumah di Millsgate, Eco Tropic


Tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dua lelaki bersenjatakan pisau dan memakai topeng 'anonymous' memecah masuk sebuah rumah di Millsgate, Eco Tropic, Taman Kota Masai di Pasir Gudang pada Khamis lalu. 


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dari seorang wanita berusia 38 tahun pada 3 Februari lalu. Mangsa juga memuat naik video rakaman CCTV itu di media sosial. 


Bertindak di atas laporan itu, polis kini sedang memburu dua suspek terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubungi talian 010-4008030 atau 07-3864222 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Berdasarkan video tersebut, dua suspek terbabit berbadan kurus, memakai baju t-shirt berwarna hitam dan berseluar pendek memecah masuk kediaman bertingkat itu pada jam 3 pagi. Kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen berikutan ia berlaku di kawasan perumahan berpagar. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/02/video-security-ketat-kat-sana-camne.html
Previous
Next Post »