'Ia mula berdarah, ingatkan kena sengat' - Doktor keluarkan 3 ekor ulat hidup dari mata, leher & lengan pesakit wanita


NEW DELHI, INDIA - Rasa tidak selesa di bahagian mata mendorong seorang wanita Amerika pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sebelum dimaklumkan bahawa terdapat tiga ekor ulat jenis 'botfly' yang bersarang di badannya termasuk mata. 


Pihak Hospital Fortis berkata, mereka berjaya mengeluar tiga ulat hidup tersebut yang bersaiz hampir 2 sentimeter dari pesakit yang dipercayai telah digigit semasa dalam berkunjung ke luar negara. 


Difahamkan, pesakit berusia 32 tahun itu baru-baru ini pergi ke hutan hujan Amazon di mana dia dipercayai digigit dan dijangkiti. Empat minggu kemudian wanita itu mengadu ada sesuatu yang bergerak di kelopak matanya, lalu pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 


Menurut kenyataan dari hospital, pesakit telah didiagnosis menghidap kes Myiasis, penyakit yang jarang berlaku di mana seekor ulat hidup di kelopak matanya. Myiasis adalah jangkitan larva lalat dalam tisu manusia yang diambil hanya dari serangga di kawasan tropika. 


Pesakit mendakwa dia sebelum itu ada mendapatkan khidmat nasihat dari doktor di Amerika Syarikat, tetapi ulat itu tidak dapat dikeluarkan dan dia dibenarkan keluar dari hospital serta dibekalkan dengan ubat-ubatan yang hanya boleh melegakan gejala. Bagaimanapun doktor di India dapat mengeluarkan tiga ulat tersebut yang mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit tanpa menggunakan bius. 


Dr Narola Yanger dari Jabatan Pembedahan berkata, mereka berjaya mengeluarkan tiga ulat tersebut yang bersaiz hampir dua sentimeter - ulat pertama di bahagian atas kelopak mata kanan, ulat kedua di bahagian belakang leher dan ulat ketiga di lengan kanan.


Pesakit yang tidak didedahkan identitinya menjelaskan, "Saya telah pergi ke hutan Amazon dan apabila saya pulang, saya ternampak ada kesan gigitan pada kelopak mata kanan. Ia mula membesar dan berdarah. Saya fikir ia kesan dari gigitan labah-labah beracun. Terdapat lubang kecil di tengah-tengah gigitan itu dan ada sesuatu yang keluar daripada lubang itu. 


"Doktor di Amerika Syarikat tidak dapat mengeluarkannya. Jadi, saya terpaksa datang ke Hospital Fortis, Vasant Kunj. Doktor di sini boleh mengeluarkan ulat itu tanpa bantuan bius," katanya. 


Tidak diketahui mengapa doktor di Amerika Syarikat tidak dapat mengeluarkan serangga itu tetapi jika dibiarkan, Myiasis boleh meresap ke dalam membran halus dan memakan tisu. Ia boleh menyebabkan kemusnahan besar pada tisu, menyebabkan komplikasi seperti hakisan meluas di hidung dan muka. Akhirnya boleh menyebabkan meningitis yang jarang berlaku dan membawa maut. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2022/02/ia-mula-berdarah-ingatkan-kena-sengat.html
Previous
Next Post »