Budak berusia 5 tahun maut terjatuh dari tingkat 10


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Kajang hari ini. 


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 8.20 pagi tadi dan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 10. 


"Mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz untuk rawatan lanjut. 


"Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di hospital," katanya.


Siasatan mendapati, mangsa berseorangan di rumah ketika kejadian itu berlaku. 


Mohd Zaid berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407. 


Beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai khususnya golongan ibu bapa tidak mengabaikan anak-anak agar kes seumpama itu tidak berulang. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/02/budak-berusia-5-tahun-maut-terjatuh.html
Previous
Next Post »