Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Y9s. Ia menawarkan rekaan skrin menyeluruh, kamera pop-naik, tri-kamera belakang, dan ditawarkan pada harga RM999.
Huawei Y9s menawarkan skrin bersaiz 6.59-inci FHD+, dijana cip pemprosesan Kirin 710F, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan 10W.
Pada bahagian kamera, ia menyertakan tri-kamera dengan sensor utama 48-megapixel yang menawarkan sokongan rakaman gerak perlahan 480fps, selain sokongan rakaman Night Mode.
Huawei turut menyertakan ciri lain bersama-sama dengannya, termasuk sokongan GPU Turbo 3.0.
Di Malaysia, Huawei Y9s ditawarkan pada harga RM999 bermula 29 November 2019, dimana pembeli terawal juga akan menerima Huawei Band 4 secara percuma – secara terhad.