Honor 9X pada harga ini, siap percuma barang ini…

Honor memperkenalkan siri terbaru Honor 9X yang mempunyai cip pemproses Kirin 810

Berskrin 6.59-inci IPS LCD resolusi 1080 x 2340 piksel. Siri ini juga menggunakan skrin dengan paparan penuh tanpa takuk dan mempunyai kamera bermotor pop-naik 16MP f/2.2.

Untuk bahagian penggunaan, ia mempunyai bateri sebesar 4000mAh dan pengimbas cap jari dibahagian tepi. Akan tetapi, kedua-duanya tiada pengecasan pantas dan mempunyai port USB-C 10W sahaja.

Selain itu, Honor 9X ditawarkan dengan pilihan sehingga 6GB RAM dan storan 128GB.

Akan mula dijual pada 28 November ini, 9X berharga RM999.

Pembeli yang mula melakukan pra tempahan pada 22 November pula akan menerima Honor Band 5 Sport secara percuma sah sehingga 27 November.

 

The post Honor 9X pada harga ini, siap percuma barang ini… appeared first on TheSkop.



from TheSkop https://ift.tt/2Xyr0Ke
via IFTTT
Previous
Next Post »