Celcom Dan Maxis Melihat Untuk Potensi Berkongsi Infrastruktur Untuk Mempercepatkan Pengenalan 5G

https://ift.tt/33c96yg

Celcom dan Maxis hari ini telah menandatangani perjanjian untuk melihat kepada potensi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam berkongsi infrastruktur untuk pengenalan rangkaian 5G di Malaysia.

Maxis Celcom

Dengan langkah ini, kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam pembangunan infrastruktur 5G di beberapa kawasan terpilih. Namun, kedua-duanya masih akan kekal menawarkan rangkaian masing-masing, dan bersaing secara sihat dalam arena telekomunikasi.

Buat masa ini, pengumuman ini adalah lebih kepada melihat potensi kerjasama kedua-dua pihak – dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan dilaksanakan atau sebaliknya. Tetapi, sekiranya kerjasama ini berjaya, maka kedua-dua syarikat akan menggunakan kelebihan masing-masing dalam pengenalan rangkaian 5G – selain pada masa yang sama menggunakan sumber dengan lebih efisien lagi.

Previous
Next Post »