Xiaomi Memapatekan Rekaan Telefon Skrin Boleh Lipat Seakan Razr

https://ift.tt/2XdbrYu

Motorola Razr kembali ke dunia telefon mudah alih selepas hampir sedekad menghilangkan diri. Peranti skrin boleh lipat ini mendapat perhatian ramai kerana rekaannya mirip Razr asal dengan tubuh clamshell. Razr mungkin akan menerima saingan dalam masa terdekat kerana Xiaomi mungkin akan turut menghasilkan peranti dengan rekaan yang sama kelak.

Paten untuk peranti skrin lipat rekaan clamshell telah dipatenkan oleh Xiaomi. Seperti Razr, peranti dibuka untuk menikmati skrin sesentuh boleh lipat yang memanjang. Pada bahagian luar pula terdapat skrin kecil untuk memaparkan notifikasi. Dua perbezaan pada paten ini ialah tiadanya dagu yang besar dan ia dilengkapi dua kamera utama pada bahagian belakang.

Samsung turut telah mempatenkan rekaan yang sama beberapa bulan yang lalu. Malahan mereka telah mengesahkan rekaan seperti ini akan digunakan pada peranti Fold seterusnya pada tahun 2020 kelak. Mungkinkah 2020 akan menjadi tahun peranti clamshell kembali mendapat perhatian? Sama-sama kita nantikan.

Previous
Next Post »