Semalam Vivo S1 Pro telah dilancarkan di Filipina. Ia sebenarnya hanya sekadar sebuah Vivo S5 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Selepas Filipina. S1 Pro juga akan memasuki pasaran Malaysia pada 3 Disember ini.,
Telefon pintar S1 Pro mempunyai rekaan rekaan bonjol kamera berbentuk empat segi yang unik untuk sistem catur-kamera yang digunakan. Ia dilengkapi skrin 6.44″ AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 712, memori sebesar 8GB RAM dan storan sehingga 256GB,
Kamera hadapan sebesar 32-Megapixel yang diletakkan dalam lubang skrin. Kamera belakang pula ialah 48-Megapixel pada lensa utama, 8-Megapixel lensa ultra lebar, 5-Megapixel mengesan kedalaman dan 2-Megapixel lensa makro. Bateri yang disertakan pula berkapasiti 4100 mAh hadir dengan pengecasan pantas 22.5W.
Pengimbas cap jari optikal diletakkan pada bahagian bawah skrin. Menurut Vivo kamera utama peranti mempunyai kecerdasan buatan yang boleh memberikan 144 saranan kepada pengguna untuk mengambil gambar yang lebih baik.