Visionox Memperlihatkan Skrin AMOLED Boleh-Lipat Dan Boleh-Gulung

https://ift.tt/2QN6t3n

Skrin OLED boleh-lipat yang digunakan pada Galaxy Fold dan Mate X dihasilkan oleh Samsung Display dan BOE. Dua nama besar dunia skrin kini akan menerima saingan pula dari Visionox yang merupakan sebuah pengeluar dari China. Di acara First World Conference on Display Industry mereka memperlihatkan prototaip peranti skrin AMOLED boleh-lipat dengan rekaan clamshell dan juga skrin boleh gulung.

Peranti prototaip dengan rekaan clamshell yang diperlihatkan adalah mirip rekaan Motorola Razr dan tiada garisan pada bahagian yang dilipat. Ia juga amat mirip dengan paten peranti skrin boleh-lipat yang difailkan oleh Xiaomi. Harus diingatkan Visionox membekalkan skrin 360 darjah pada Xiaomi Mi MIX Alpha.

Skrin AMOLED boleh-gulung yang diperlihatkan pula mempunyai jejari gulungan sekitar 7mm. Pada waktu yang sama hanya mempunyai bezel sisi 0.7mm dan bezel bawak 1.5mm. Dengan kedua-dua inovasi ini, rekaan telefon pintar akan dapat dibebaskan dari hanya sekadar candybar semasa. Bagi pengguna pula kemunculan pengeluar skrin ketiga akan memberikan saingan yang sihat sekaligus mengurangkan kos panel AMOLED boleh-lipat di pasaran,

Previous
Next Post »