Siri Xiaomi Mi Note 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Disember ini

Xiaomi Mi Note 10 Pro tentunya adalah antara peranti yang dinanti-nantikan oleh peminat Xiaomi. Tidak lain tidak bukan adalah kerana kehebatan penta-kamera yang hampir setaraf dengan Huawei Mate 30 Pro, malah berada di atas Samsung Galaxy Note 10 jika merujuk dari pemarkahan kamera dari DxOMark.

Mi Note 10 Pro dikhabarkan akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Disember ini. Dari segi spesifikasi, Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro dijana dengan cip pemproses Snapdragon 730G. Perbezaannya adalah, Mi Note 10 hadir dengan 6GB RAM dan 128GB storan, manakala Mi Note 10 Pro pula 8GB RAM dan 256GB storan.

Bahagian yang menjadi tarikan utama sudah tentunya pada keupayaan kamera yang dilengkapi dengan penta kamera 108MP sebagai kamera utama, 20MP sudut ultra-lebar, 12MP potret dengan 2x optikal zoom, 5MP telefoto dengan keupayaan zoom sehingga 50x dan 2MP makro. Manakala kamera hadapan swafoto adalah 32MP f/2.0.

Kedua-dua peranti ini juga turut hadir dengan bateri sebesar 5260mAh bersama pengecasan pantas 30W (USB-PD) yang mampu mengecas bateri sehingga 58% dalam masa 30 minit dan 100% dalam masa 65 minit.

The post Siri Xiaomi Mi Note 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Disember ini appeared first on TheSkop.



from TheSkop https://ift.tt/2Oyc3DY
via IFTTT
Previous
Next Post »