Samsung Galaxy 11 Mungkin Dilengkapi Skrin 120Hz

https://ift.tt/2D4PFwS

Razer menjadi pelopor penggunaan skrin dengan kadar segara semula melebihi 60Hz. Pada Razer Phone, kadar segar semula skrin sehingga 120Hz disokong. Pengeluar lain seperti OnePlus kemudian melancarkan peranti dengan skrin 90Hz. Walaupun mengeluarkan panel OLED untuk OnePlus, Samsung masih teguh hanya menyokong kadar segar semula 60Hz pada peranti mereka. Ini akan berubah dengan Galaxy S11 kelak.

Dalam ujian sistem operasi One UI 2.0 Beta untuk Note 9, sebuah tetapan tersembunyi untuk kadar segar semula 120Hz ditemui. Rakaman gambar fungsi ini dimuat naik oleh Ice Universe. Tiga mod skrin diberikan iaitu 60Hz, 120Hz atau perubahan automatik di antara 60 dan 120Hz bergantung kepada aplikasi yang digunakan. Mod ketiga akan memberikan penjimatan bateri kepada pengguna.

Previous
Next Post »