Kemas Kini iOS 13.2.3 Diberikan Bagi Menampal Lebih Banyak Pepijat

https://ift.tt/35ic5XA

Sebuah lagi kemas kini diberikan oleh Apple pagi ini. iOS 13.2.3 menampal pepijat seperti sistem carian yang tidak berfungsi di dalam Mail, Files dan Notes. Ia juga membaiki masalah di mana fail tidak boleh dimuat turun apabila aplikasi diletakkan di latar belakang. Ini secara peribadi kami sedari berlaku sejak kemas kini terakhir.

Saiz muat turun adalah agak kecil, 102.6MB sahaja selari dengan jumlah pepijat yang ditambah juga agak kecil. Seperti biasa kemas kini boleh dilakukan secara OTA menerusi skrin Settings peranti. Pada waktu ini kemas kini diberikan oleh Apple hampir pada kadar seminggu sekali kerana pelbagai masalah yang dilaporkan oleh pengguna.

Previous
Next Post »