Acara jualan 11.11 ataupun dikenali sebagai “Singles Day” merupakan acara jualan atas-talian yang dimulakan oleh Alibaba, syarikat naungan platform-platform jualan atas-talian seperti Taobao dan Lazada sejak 2009, dan kini, ia adalah acara yang dinanti-nantikan orang ramai disekitar rantau Asia.
Jualan tersebut bermula pada pukul 12 pagi malam tadi, dengan platform-platform penjualan atas-talian seperti Lazada, Shopee dan lain-lain semuanya menjual barang-barangan melalui platform digital mereka dengan harga diskaun yang cukup murah.
Jumlah jualan Singles Day ini dikatakan meningkat sekali lagi pada tahun ini, dengan jumlah jualan mencecah $23 bilion pada sembilan jam pertama, naik 25 peratus daripada $18 bilion pada jangkamasa yang sama sewaktu jualan 11.11 pada tahun lepas.
Lebih menarik lagi, Alibaba dilihat mencapai jualan $1 bilion pertama dalam masa satu minit sahaja, dan syarikat tersebut dijangka memecahkan rekod jualan pada tahun lepas pada $30 bilion.
from Amanz https://ift.tt/2rz9MAR
via IFTTT