Google Search Kini Mengajar Cara Menyebut Perkataan Dengan Betul Dalam Bentuk Audio

https://ift.tt/eA8V8J

Semasa di bangku sekolah dahulu, cikgu menggalakkan saya banyak membaca bagi meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris. Setiap minggu sepuluh perkataan baharu perlu dipelajari dan dibentangkan di sekolah. Ini berlaku di dalam dekad 80an tanpa Internet dan akibatnya berlaku kesilapan dalam menyebut perkataan seperti niche, segue, mauve dan coupe. Ia menjadi bahan jenaka rakan-rakan ketika saya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dunia telah banyak berubah dalam masa tiga dekad dan kini proses menyebuat perkataan baharu dengan betul menjadi mudah melalui Google Search. Mereka memperkenalkan ciri baru yang menunjukkan sebutan yang betul untuk perkataan yang dicari. Pengguna hanya perlu menaip “How to pronounce XXX” di dalam enjin carian dan jawapannya akan dipaparkan dalam kotak khas di bahagian bawah.

Audio boleh dimainkan dalam telor Amerika atau United Kingdom. Kelajuan sebutan juga boleh diubah kepantasannya. Selepas carian dipaparkan, pengguna boleh berlatih melakukan sebutan yang betul dengan Search membetulkan di manakah kesilapan dilakukan. Buat masa ini hanya carian bahasa Inggeris disokong dan ini diikuti pula oleh bahasa Sepanyol.

Previous
Next Post »