(Video) 'Manusia tak sedar diri!' - TikToker Indonesia persenda Bahasa Malaysia, netizen gesa report akaun Sluggish_Journey



Tindakan biadab seorang wanita warga Indonesia bernama Idaa yang mempersenda Bahasa Malaysia secara jelas di TikTok, mengundang kemarahan rakyat Malaysia. 


Idaa yang kini menetap di Tawau, Sabah bersama keluarganya bagaimana telah menutup ruangan komen pada beberapa video yang didakwa telah menghina Bahasa Malaysia dan tiada sebarang inisiatif untuk memadamkan video-video tersebut walaupun telah dikecam ramai. 


Segalanya bermula apabila Idaa mula membuat video terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia secara sesuka hati tanpa membuat sebarang semakan dari pihak yang bertauliah. 


"Di Indonesia kami sebut 'Satpam'. Dalam bahasa inggeris, 'Security' dan dalam Bahasa Malaysia, 'Penunggu Maling'," katanya yang kemudian terhibur sendiri. 


Sedangkan di Malaysia, rakyatnya tidak pernah sesekali menggunakan perkataan maling untuk mereka yang bertugas sebagai Pengawal keselamatan. 


Selain itu, Idaa juga mendakwa masyarakat di Malaysia menggelar pakar psikiatri sebagai 'Doktor Gila', pocong disebut sebagai 'hantu bungkus', tandas disebut sebagai Bilik Berenung, dan banyak lagi. 


 


Di media sosial, ramai yang mengecam perbuatan Idaa yang menjadi Bahasa Malaysia sebagai bahan untuk dipersenda. Ada yang meminta netizen beramai-ramai melaporkan akaun TikTok Idaa, @sluggish_journey, agar dipadamkan terus dari platform itu sebagai pengajaran kepada content creator lain untuk tidak memuat naik kandungan yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai. 


"Manusia yang tidak sedar diri ni. Sudahlah tinggal di Malaysia, lepas tu menghanjing Bahasa Malaysia pula," kata Yoshiro. 


"Dia tinggal di Tawau, Sabah. Berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Boleh minta diusir keluar dari Malaysia kerana menghina Bahasa Malaysia," kata Yaman.


@sluggish_journey Hola 👋 #indonesia #english #samasamabelajar #fyp ♬ original sound - Idaa


"Dari mana dia dapat terjemahan ni? Google Translate ke? I thought we collectively as human race knows not to use Google Translate," kata Addie. 


"Reported her videos for hateful behaviour. Pandai tutup komen dekat video ada Malaysia," kata Che Puan Yeolahv. 


"Dah salah fakta, duk gelak-gelak macam orang bodoh pula. Takde orang gelak sekali, dia tambah effect gelak sendiri. Nak tunjuk pandai ke bodoh ni?" soal Yenn. 


Sumber: Twitter Prince Yoshiro, TikTok Sluggish Journey



source https://www.thereporter.my/2022/12/video-manusia-tak-sedar-diri-tiktoker.html
Previous
Next Post »