'Mechamato Movie dianak-tirikan' - Netizen dakwa pawagam kurangkan slot tayangan animasi tempatan untuk beri laluan kepada Avatar 2



Mechamato Movie merupakan filem aksi animasi tempatan dan prekuel kepada siri animasi Mechamoto: The Animated Series yang popular di kalangan kanak-kanak dan tidak kurang juga golongan dewasa.


Filem terbitan Animonsta Studio dengan kerjasama Astro Shaw ini, diarahkan oleh Nizam Razak yang telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 Juta dalam tempoh enam hari tayangan. 


Rata-rata penonton sangat berpuas hati dan bangga dengan filem yang tersebut. Namun, timbul dakwaan yang mengatakan ada slot tayangan filem Mechamato dikurangkan secara drastik bagi memberi laluan kepada filem antarabangsa, iaitu Avatar 2. 


"Filem animasi dari Malaysia ini mencatat kutipan yang agak tinggi di awal tayangan minggu lepas dan kini turun mendadak selepas kemasukan filem baru dari Hollywood. Di mana pihak pawagam mengurangkan slot tayangan filem Mechamato secara drastik. 


"Kesian penggiat filem.. Marilah support orang kita. Jom,” kata pempengaruh Twitter, Jalal Misai.



Senada dengan Jalal, seorang pengkritik filem bebas yang dikenali sebagai Zhafvlog juga melihat filem animasi tempatan yang baru ditayangkan itu sedang 'diancam' atau dianaktirikan oleh pihak pawagam. 


“Seperti biasa, filem tempatan dianak-tirikan oleh panggung wayang tempatan. Showtime Mechamato Movie telah cut down sehingga almost separuh. Sedangkan Avatar 2 telah memenuhi showtime bermula hari ini,” katanya. 


Beliau juga menyelar tindakan pihak pawagam yang seolah-olahi sudah lupa dengan rayuan dibuat pihaknya kepada penonton sebelum ini sewaktu PKP dulu.


“Kelmarin sewaktu Cinema merana dek PKP, punyalah merayu kehadiran penonton tempatan setelah industri dibuka semula. Tetapi seperti biasa, filem tempatan juga yang menjadi mangsa ketamakkan panggung wayang.


“Sedangkan durasi Mechamato boleh dimuatkan 3 showtime (2 jam) di dalam 2 showtime Avatar (3 jam). Tetapi apakan daya, filem tempatan sendiri sukar menang di pasaran lokal dek kerana kerakusan pihak cinema,” katanya.



Beliau juga meminta agar netizen bersama-sama menyokong filem animasi keluaran anak tempatan ini.


“Tapi Zhaf hanya mampu untuk sarankan kepada semua keluarga untuk bawa anak-anak cucu cicit, saudara mara, anak buah untuk penuhkan showtime Mechamato di cinema-cinema berdekatan anda. Jom tengok untuk kali kedua / ketiga, memang sangat-sangat best filem Mechamato ini,” katanya.


Sumber: ZhafVlog, Jalal Misai



source https://www.thereporter.my/2022/12/mechamato-movie-dianak-tirikan-netizen.html
Previous
Next Post »