(VIdeo) 2 wanita & seorang kanak-kanak cedera tercampak dari Sotong Ride di Fun Fair Puncak Alam



Kegagalan pihak pengurusan tapak pesta ria atau 'fun fair' memastikan keselamatan permainannya telah menyebabkan dua wanita dan seorang kanak-kanak terjatuh dan mengalami kecederaan. 


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada jam 8.50 malam Isnin, terus mengarahkan sepasukan anggotanya ke lokasi kejadian di Eco Grandeur, Puncak Alam, di Shah Alam. 


Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa terjatuh dari permainan 'Sotong Ride' ketika sedang bergerak. 


Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana disyaki beroperasi tanpa lesen. 


@ika121212 Replying to @@Liaa 🦋 doakan yang baik2 ye . Kesian tengok kan . Lepas ni naik pstikan lengkap sotong tu 🫣 #fyp #funfairpuncakalam ♬ Yasir Lana - arief akdw


Video dan gambar kejadian itu turut tular di media sosial. Berdasarkan video, permainan itu pada mulanya beroperasi seperti biasa dan secara tiba-tiba tempat duduk mangsa tercabut dan terjatuh. 


Susulan kejadian itu, permainan yang melibatkan pengunjung dewasa telah diarahkan berhenti beroperasi buat sementara waktu. 



source https://www.thereporter.my/2022/12/video-2-wanita-seorang-kanak-kanak.html
Previous
Next Post »