Tanah runtuh: 8 mangsa dilaporkan maut, 7 lagi cedera



Dalam perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali, Genting Highlands, angka mangsa maut dilaporkan meningkat kepada lapan mangsa. 


Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), seramai 53 mangsa telah ditemui dalam keadaan selamat, manakala tujuh lagi mangsa cedera dan lapan mangsa meninggal dunia. 


Polis juga mengesahkan, mangsa yang meninggal dunia termasuk seorang kanak-kanak lelaki. 


Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mengarahkan beberapa menteri turun ke lokasi. Beliau juga akan turun memantau lokasi tanah runtuh malam ini. 


Terdahulu media melaporkan kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 2 pagi yang menghempap tapak perkhemahan berdekatan dengan jalan. 


Pihak berkuasa berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan keluasan runtuhan satu ekar. 


Seramai 100 orang termasuk kanak-kanak yang berada di tapak perkhemahan tersebut. Kawasan itu kini telah ditutup kepada orang ramai dan dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi. 


Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Khas Operasi dan Taktikal, STORM dan APM sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan kejadian. 


Sumber: Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2022/12/tanah-runtuh-8-mangsa-dilaporkan-maut-7.html
Previous
Next Post »