Terkilan ditamatkan perkhidmatan, ex-KPPA dakwa dianiaya & akan ambil tindakan saman terhadap pihak berkenaan



Susulan ditamatkan perkhidmatan sebagai sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Mohd Shafiq Abdullah dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa telah menganiaya dirinya.


Mohd Shafiq mengakui, beliau berasa 'terkilan' dan 'tidak berpuas hati' dengan keputusan tersebut.


"Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya, meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam," katanya.


Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali mengumumkan menerusi kenyataan media bahawa perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA ditamatkan, berkuat kuasa 12 Disember 2022.


Menurutnya, Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980, yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.


"Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam," katanya.


Sumber: Free Malaysia Today, Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2022/12/terkilan-ditamatkan-perkhidmatan-ex.html
Previous
Next Post »