'Sombong & angkuh betul, ye ye kau sampaikan hasrat penduduk Putrajaya' - Netizen dakwa Radzi Jidin claim hasil kerja PM Anwar Ibrahim



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pengurangan cukai taksiran bagi kediaman berharga di bawah RM300 ribu di Putrajaya bermula tahun 2023. 


"Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya. 


"Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan. 


"Pengurangan ini selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya," katanya dalam kenyataan media, Khamis, 22 Disember 2022. 




Pengumuman itu mendapat banyak reaksi positif dari rakyat khususnya mereka yang menetap di Putrajaya. Namun, ada juga netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan Ahli Parlimen Putrajaya yang didakwa menuntut pengumuman itu hasil usahanya sendiri.


Tambah netizen, dalam hantaran Radzi Jidin di Facebooknya semalam, tiada sedikit pun penghargaan mahupun ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman berkenaan. 



"Sombong dan angkuh betul. Pengurangan cukai taksiran ini bukan di bawah kuasa ahli parlimen, tetapi kuasa menteri. 


"Langsung tak nak bagi penghargaan kat Perdana Menteri dalam posting. Seolah-olah dia sebagai Ahli Parlimen yang bagi arahan dan buat keputusan," kata Aiman Hafidz. 


"Ye ye kau sampaikan hasrat penduduk Putrajaya. Kenapa 33 bulan jadi kerajaan, tak ada pun dengar? Nak ambil kredit usaha Perdana Menteri ke?" kata Zahir Mat Ali. 


"Hahaha! Masuk bakul, angkat sendiri? Tuan ada kuasa ke nak turunkan cukai tu?" kata Imran Fahmi.


Sumber: Twitter Laga Cawan, Facebook Dr Radzi Jidin




source https://www.thereporter.my/2022/12/sombong-angkuh-betul-ye-ye-kau.html
Previous
Next Post »