Cemburu isteri dibawa ke pasar malam, suami tetak saudaranya sendiri sehingga mati



Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis kerana didakwa membunuh saudaranya sendiri hanya kerana cemburu melihat isterinya dibawa oleh mangsa pergi ke pasar malam. 


Ketua Polis Probolinggo Kota (Indonesia), Jamal berkata, suspek, Bebun, sebelum itu ternampak isterinya pergi ke pasar malam bersama mangsa yang dikenali sebagai 'Fa', , 30, pada Jumaat lalu, 16 Disember 2022. 


"Kejadian berlaku pada Jumaat lalu. Suspek cemburu dan bertindak membunuh mangsa," kata Jamal. 


Siasatan awal mendapati, suspek duduk bersantai di depan rumah dan ternampak mangsa yang sedang menunggang motosikal lalu di hadapan rumah. 


Bebun kemudian bertindak mengejar dan nekad melanggar motosikal itu. Dalam masa sama, Bebun turut membawa sabit yang digunakannya untuk menyerang mangsa sehingga hilang nyawa. 


Penduduk setempat yang menyaksikan kejadian itu terus segera menghubungi polis dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan. 


Sementara itu, suspek sempat melarikan diri dan bersembunyi di kediaman saudara. 


Namun, tiga jam kemudian suspek berjaya diberkas polis. Turut dirampas sejumlah barangan bukti seperti sarung sabit yang digunakan ketika kejadian dan sebilah sabit yang ditemui di rumah tersebut. 


Bebun kini berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hiudp jika disabitkan bersalah. 


Sumber: Kompas



source https://www.thereporter.my/2022/12/cemburu-isteri-dibawa-ke-pasar-malam.html
Previous
Next Post »