Pegawai lantikan politik yang masih berkhidmat dalam kerajaan ditamatkan serta-merta



Kesemua pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dan yang dilantik melalui lantikan politik oleh kerajaan sebelum ini telah diarah untuk ditamatkan dengan kadar segera. 


Berdasarkan satu dokumen yang tular di media sosial menyatakan bahawa, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah bagi Badan Berkanun Persekutuan/ Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) / Syarikat berkaitan Kerajaan serta Syarikat Pelaburan berkaitan kerajaan lantikan politik ditamatkan segera.


Memetik laporan portal MalaysiaKini pada Khamis 15 Disember 2022, seorang Menteri telah mengesahkan perkara yang dinyatakan dalam dokumen itu adalah benar. 


Menurut menteri berkenaan, keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu. 


Difahamkan, perkara tersebut diputuskan dalam satu surat yang telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.


Melalui laporan yang disiarkan oleh Berita Harian, sumber mengatakan keputusan penamatan jawatan lantikan politik dibuat selepas perbincangan panjang lebar dan ada Menteri yang mengakui ada sebahagian lantikan berkenaan yang cekap laksanakan tugas. Justeru, isu yang hendak diambil perhatian ialah bagaimana menentukan mereka yang cekap dan yang tidak berfungsi.


Namun begitu, akhirnya keputusan dibuat secara menyeluruh iaitu ditamatkan semua khidmat lantikan politik.


Sumber: MalaysiaKini, Berita Harian



source https://www.thereporter.my/2022/12/pegawai-lantikan-politik-yang-masih.html
Previous
Next Post »