Anwar mahu hapuskan aktiviti ejen monopoli lesen tapak perniagaan yang selalu kaut untung atas angin



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu amalan membenarkan ejen atau orang tengah memonopoli lesen tapak perniagaan penjaja dan tapak bazar Ramadan dihapuskan di seluruh negara. 


Beliau berkata, aktiviti itu menyebabkan penjaja dan peniaga sukar mencari tempat untuk berniaga sekali gus menjejaskan peluang golongan itu untuk berniaga. 


"Berapa ramai yang nak cari tempat perniagaan begitu susah. Saya percaya sama juga seperti pasar Ramadan itu dimonopoli beberapa kalangan orang yang mahu berniaga. 


"Mereka bangun pagi, masak pada bulan puasa dan waktu berbuka puasa kerana perlu bayar sewa tapi bayar ejen yang monopoli tapak terbabit," katanya di Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. 


"Usaha ini tidak sukar sama sekali bagi membantu penjaja dan peniaga kecil. Sekiranya boleh dilakukan, sebahagian besar masalah boleh dileraikan, kemudian kita angkat (naik taraf) tempat perniagaan lebih baik. 


"Saya mahu jelaskan, sekiranya awal tahun hadapan ia (masalah) tidak selesai, saya akan turun ke Pasar Keramat untuk selesaikan," katanya. 



Sumber: Utusan Malaysia



source https://www.thereporter.my/2022/12/anwar-mahu-hapuskan-aktiviti-ejen.html
Previous
Next Post »