(Video) 'Ini soft porn, content sampah & merosakkan otak' - Netizen kecam, dakwa video Aliff Syukri berunsur lucah



Usahawan Aliff Syukri baru-baru ini memuat naik video mempromosikan produknya di Instagram dan dalam masa sama berkongsi tips untuk wanita yang sudah berumah tangga bagaimana untuk hamil dengan cepat. 


"Tips cepat kasi hamil cepat. Lakukan hubungan suami isteri 5-9 kali seminggu. Pastikan isteri sampai orgasma. Jangan stress, anggap-anggaplah setiap malam adalah malam pertama, baru semangat. 


"Elakkan merokok atau minuman keras. Baca doa dan jangan gelojoh. Isteri tak suka orang gelojoh dan pastikan bertenaga. Nak bertenaga? 


"Isteri wajib guna just perawan dan lelaki (guna) arjuna max. InsyaAllah perlayaran lebih hebat dan mengasyikkan dan boleh ada rezeki hamil," katanya seperti yang tertera dalam video tersebut. 



Aliff juga mendakwa, sudah ramai pelanggannya yang berjaya hamil selepas mengambil produk tersebut yang dijual pada harga mampu milik. 


Bagaimanapun, netizen mengecam video tersebut yang dianggap memalukan, tidak manis untuk ditonton apatah lagi aplikasi Instagram juga boleh dilayari oleh pengguna di bawah umur. 


"Inilah contoh soft porn ye ibu bapa semua. Hati-hati dengan apa yang anak-anak kita tengok dalam media sosial. Mohon Allah lindungi keturunan kita daripada permainan syaitan yang semakin halus sekarang ini. Allahurabbi," kata Chemat8888. 


"Malunya saya, cerita dalam kelambu tak eloklah. Masing-masing tahu peranan masing-masing," kata SAK. 


"Content sampah yang truly sampah dan merosakkan otak," kata Anne Aziera. 


"Lagu pun macam haram dah. Please la dato, be intelectual sikit. Ini soft porn. Anak-anak dato tak tengok Instagram dato ke?" soal Eja Kamel. 


Walaupun begitu ada individu yang mempertahankan tindakan Aliff yang dikatakan hanya berkongsi ilmu dan tiada salahnya untuk berniaga dengan cara sedemikian. 


"Dia meniaga, ada ilmu. Dekat situ untuk yang tengah ikhtiar nak ada baby. Fikiran tu cuba positif sikit. Tahu nak mencari kesalahan orang je," kata Suaynn95. 


Malangnya, komen itu dibidas oleh netizen lain bahawa niat meniaga tidak menghalalkan cara. Apatah lagi tuntutan yang mengatakan 'sudah ramai pelanggan yang berjaya' adalah salah di sisi undang-undang produk makanan tambahan. 







Apa pandangan anda? 


Sumber: Instagram Aliff Syukri



source https://www.thereporter.my/2022/12/video-ini-soft-porn-content-sampah.html
Previous
Next Post »