'Takkan terima walau sesen pun' - Muhyiddin nafi PN guna duit judi untuk berkempen di PRU15, Takiyuddin minta Anwar tunjukkan bukti



Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada media bahawa, sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) diperoleh dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi. 


Kenyataan Anwar itu mengundang kenyataan balas daripada beberapa pemimpin PN yang menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan PN tidak pernah menerima satu sen pun duit judi. 


Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menafikan PN menggunakan dana diperolehi daripada syarikat judi untuk berkempen di PRU15. Malah, Ahli Parlimen Pagoh itu sanggup bersumpah untuk menafikan dakwaan tersebut. 


"Dia kata kita kempen pilihan raya ini pakai duit judi. Kot, dia kot.. Saya tak nak kata, tapi ada maklumat kata kot dia kot. 


"Kami ini pemimpin, sini dah haram judi sana dah haram judi. Nak ambil duit judi nak urus pilihan raya, habis kami sengkek dah tak ada duit? 


"Wallahi kami takkan lakukan perkara-perkara yang haram sebegitu. Takkan terima walau sesen pun sumbangan daripada mana-mana pihak gaming company hanya kerana kami nak duit, haram," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini. 


Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan juga menyangkal dakwaan itu yang disifatkan tidak berasas dan meminta Anwar menunjukkan bukti atau berdepan dengan tindakan saman. 


"Pas menuntut Perdana Menteri memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut, jika ada. Sekiranya gagal, PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2022/12/takkan-terima-walau-sesen-pun-muhyiddin.html
Previous
Next Post »