Baru muncul! MB Terengganu umum beri bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir, RM10,000 kepada ahli keluarga korban mangsa banjir

Foto Media MB Terengganu


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengumumkan bantuan tunai RM1,000 kepada setiap mangsa banjir berdaftar di negeri itu, manakala RM10,000 bagi keluarga mangsa korban banjir. 


Menerusi kenyataan di media sosialnya hari ini, beliau berkata bantuan itu diberi bagi meringankan bebanan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir dan pihaknhya turut berasa simpati dengan apa yang telah berlaku. 


"Untuk meringankan bebanan yang dihadapi mereka, Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di Negeri Terengganu. 


"Bantuan RM10,000 pula akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir pada kali ini, sebagai rasa simpati dengan apa yang telah terjadi. 


"Bantuan-bantuan lain seperti baiki kerosakan rumah, membina rumah dan lain-lain kerosakan insfrastruktur akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri setelah mendapat maklumat penuh selepas penilaian," katanya. 


Ahmad Samsuri juga turut melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di SK Binjai, Kemaman, pagi tadi. 


Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu menjadi bualan ramai di media sosial berikutan timbul dakwaan yang mengatakan beliau bercuti di luar negara tatkala rakyat di Terengganu sedang menghadapi masalah banjir. 


Sumber: Facebook Dr Ahmad Samsuri



source https://www.thereporter.my/2022/12/baru-muncul-mb-terengganu-umum-beri.html
Previous
Next Post »