'Muhyiddin & Kerajaan PN bukan secara sukarela luluskan pengeluaran KWSP untuk rakyat, tetapi terpaksa selepas 'diugut' oleh Najib' - Admin FB Najib Razak



Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah lama melabuhkan tirai, masih ramai bercakap mengenai kebaikan bekas perdana menteri 17 bulan, Muhyiddin Yassin, yang membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kala rakyat terjejas akibat pandemik Covid-19 di antara 2020 - 2021. 


Bagaimanapun, pentadbir akaun Facebook bekas perdana menteri Najib Razak mendedahkan, Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukannya meluluskan pengeluaran KWSP secara sukarela, sebaliknya terpaksa selepas 'diugut' oleh Najib. 


"Memang Muhyiddin dan Kerajaan PN dahulu yang meluluskan pengeluaran KWSP. Najib tak ada jawatan atau kuasa dalam kerajaan pun masa itu. Tetapi Muhyiddin dan Kerajaan PN buka luluskan secara sukarela. 


"Apa yang berlaku ketika itu ialah berbulan-bulan lamanya, Muhyiddin dan Kerajaan PN beri pelbagai alasan kenapa pengeluaran KWSP dari Akaun 1 seperti dicadang dan disokong Najib adalah tidak patut dan tidak boleh dikeluarkan.


"Lalu, Najib dilantik sebagai pengerusi backbencher Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi membahas belanjawan 2021 di tengah pandemik pada akhir tahun 2020. 


"Di dalam perbahasannya di Parlimen, Najib menetapkan dua syarat sekiranya Kerajaan PN mahu BN sokong Bajet 2021, iaitu (dengan meluluskan) pengeluaran dari Akaun 1 tanpa syarat dan lanjutan program moratorium pinjaman secara automatik. 


"Sekiranya bajet tidak mendapat sokongan BN dan tidak dapat diluluskan, maka kerajaan Muhyiddin akan tumbang serta-merta masa itu. Sebab itu Muhyiddin dan Kerajaan PN terpaksa luluskan menepati dua syarat Najib tersebut," katanya. 



Disebabkan itu juga, Najib menerima kritikan dan kecaman teruk dari PN dan PAS. Malah Najib dituduh mengugut Kerajaan Muhyiddin. Tetapi katanya, Najib berbuat demikian hanya untuk menyelamatkan jutaan rakyat Malaysia yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan. 


"Najib tak dapat satu sen pun dari kedua-dua kelulusan tersebut," katanya. 


Sumber: Facebook Najib Razak



source https://www.thereporter.my/2022/12/muhyiddin-kerajaan-pn-bukan-secara.html
Previous
Next Post »