(Video) 'Kau kenapa nak rakam-rakam?!' - Nazrief Nazri kesal, penunggang motosikal tunjuk f***k sedangkan dia bunyikan hon bersebab



Para pengguna jalan raya sering diingatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya dan peka dengan sebarang isyarat jalan yang telah disediakan. Namun, masih ada pengguna yang leka sehingga menyusahkan pengguna lain. 


Semalam, pelakon Nazrief Nazri memuat naik insiden yang menimpanya ketika membawa keluarganya keluar berjalan-jalan di taman di mana mereka dimarahi dan ditunjuk isyarat lucah oleh penunggang motosikal yang tidak berpuas hati dengannya,. 


Jelas Nazrief, dia sebelum itu membunyikan hon di persimpangan lampu isyarat kerana penunggang itu tidak sedar lampu telah bertukar hijau. Malangnya, tindakannya membunyikan hon menimbulkan rasa tidak puas hati penunggang itu dan berlaku kejadian yang tidak diingini. 


"Petang semalam nak bawa anak isteri berjalan dekat taman. Semasa berada di persimpangan lampu isyarat, bila lampu dah hijau, ada satu pasangan ini bersembang atas motosikal sampai tak perasan lampu dah lama hijau. 


"Jadi, saya bunyikan hon sekali sebagai isyarat menyuruh dia jalan. Tetapi isteri dia boleh buat muka sambil mengomel marah-marah sebab saya bunyikan hon. 


"Jadi, saya hon kali kedua sambil mengangkat tangan, sebagai isyarat supaya dia lebih berhati-hati sewaktu naik motosikal dan maaf. 


"Agaknya lelaki itu tak puas hati sangat sebab saya hon kali kedua, lalu dia mengejar kereta saya sambil menjerit-jerit dan tunjuk isyarat lucah. 


"Saya malas nak layan dan teruskan perjalanan seperti biasa. Tetapi lelaki itu masih mengekori kereta kami. Masa inilah saya suruh isteri keluarkan phone sebagai langkah keselamatan sebab anak sedang tidur di seat belakang.


"Sampai di satu persimpangan lampu isyarat, lelaki itu ketuk cermin kereta saya sambil marah-marah tak puas hati. Memikirkan niat nak membawa anak bini berjalan di taman, saya rendahkan ego saya dan minta maaf supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. 


"Tetapi lelaki itu tidak puas hati sebab dia nampak isteri saya tengah rakam dan minta jangan viralkan. Tahu pula takut, ingatkan samseng sangat sampai tunjuk jari tengah semua," katanya. 



Jelas Nazrief lagi, meskipun emosi lelaki itu tidak stabil disebabkan harga ayam naik atau apa sekali pun, bukanlah lesen untuk bersikap biadap di atas jalan raya. Sebaik-baiknya berbincang, bukannya menggunakan kekerasan. 


"Marah macam mana sekali pun, cubalah berbincang dengan baik. Kita nak ke generasi akan datang jadi tidak beradab dek kerana sikap kita sendiri?" ujarnya. 


Sumber: Instagram Nazrief Nazri



source https://www.thereporter.my/2022/06/video-kau-kenapa-nak-rakam-rakam.html
Previous
Next Post »