4 termasuk 2 kanak-kanak cedera, dapur steamboat meletup!



Empat sekeluarga dilaporkan mengalami kecederaan selepas dapur memasak steamboat meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi. 


Dua mangsa yang merupakan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital oleh orang awam, untuk mendapatkan rawatan. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9 malam dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.06 malam. 


Seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan ke lokasi kejadian. 


Sebaik tiba, mereka mendapati seorang wanita cedera di bahagian tangan, manakala mangsa lelaki mengalami luka melecur di bahagian tangan dan luka di kaki. 


Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans. 


Sumber: Berita Harian



source https://www.thereporter.my/2022/06/4-termasuk-2-kanak-kanak-cedera-dapur.html
Previous
Next Post »