Ramai ibu bapa daftar anak sertai persatuan silat selepas tonton filem Mat Kilau



Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli mengakui pihaknya banyak menerima pendaftaran semenjak filem Mat Kilau mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai. 


Sejak tiga hari lalu, pihaknya menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu yang mahu belajar silat, selepas didorong oleh ibu bapa mereka. 


"Ia cukup luar biasa memandangkan sebelum ini kami hanya menerima empat atau lima pelajar dalam tempoh setahun. Impak dicetuskan filem berkenaan menyebabkan ada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar silat. 


"Sebelum ini, silat kurang mendapat sambutan berikutan ada yang mendakwa ia hanya sekadar seni bela diri kampung, namun tayang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mengubah persepsi orang ramai," katanya. 


Ahmad Shafiq yakin, penyertaan baharu akan bertambah susulan dari pengaruh silat yang dipamerkan dalam filem tersebut yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan, adab orang Melayu dan junjungan agama Islam yang tinggi. 


Bukan sahaja anak-anak muda yang menunjukkan minat, malah ada golongan dewasa berusia 50 tahun turut berminat menyertai mereka. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/07/ramai-ibu-bapa-daftar-anak-sertai.html
Previous
Next Post »