'Aktiviti pembalakan di HSK adalah sebahagian hasil kepada Kerajaan Negeri sejak sekian lama' - Timb. MB Kelantan



2 Jun lalu, pengawas hutan mendedahkan berlaku kes pencerobohan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan, untuk aktiviti pembalakan haram. 


Menurut sumber, keluasan hutan simpan kekal yang diceroboh itu membabitkan tanah seluas 80 hektar. 


Bagaimanapun, Kerajaan Kelantan berkata, aktiviti pembalakan di lokasi itu telah mendapat kebenaran dan berlesen, serta merupakan sebahagian hasil kepada kerajaan negeri


Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "Walaupun pembalakan dibenarkan, namun ia terikat dengan peraturan dan tidak boleh melebihi catuan tebangan tahunan (CTT)  yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. 


"Pada masa sama, syarikat yang melakukan aktiviti pembalakan ini perlu mematuhi peraturan iaitu kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). 


"Justeru, semua yang kita lakukan di HSK Nenggiri adalah mengikut peraturan ditetapkan dan Kelantan juga tidak pernah membuat tebangan balak melebihi CTT yang ditetapkan, katanya. 


Bagi Amar, aktiviti pembalakan di HSK tidak perlu dijadikan sebagai isu kerana ia  bukan perkara baru. Tetapi sudah berlaku sejak sekian lama dan menjadi sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri. 


Dalam pada itu, Amar tidak menafikan berlaku kecurian balak di Kelantan dan perkara itu akan disiasat oleh Jabatan Perhutanan sekiranya meereka mendapat laporan. Namun katanya, adalah tidak wajar Menteri Besar atau kerajaan negeri dipersalahkan jika kejadian itu berlaku


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/06/aktiviti-pembalakan-di-hsk-adalah.html
Previous
Next Post »