Instafamous terkenal Thailand maut tercekik kebab babi



Arisara Karbdecho, instafamous Thailand, dimasukkan ke hospital selepas tercekik kebab babi, dilaporkan telah meninggal dunia. 


Mangsa sebelum itu dikatakan menggunakan mesin sokongan hayat selama dua bulan. Dia dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.50 tengah hari pada 6 Jun. Kematian influencer berusia 27 tahun itu disahkan oleh keluarga dan kenalannya. 


Rakannya, Sirikanda Chaibrurut berkata, majlis pengebumian akan diadakan untuk mendiang sehingga 10 Jun, sebelum dikebumikan pada 11 Jun. 


"Semua orang yang mengenal Arisara berasa sedih. Kami terkejut apabila kejadian itu berlaku dan kami berdoa agar dia cepat sembuh. Dia sangat muda dan cantik. Saya kecewa dia telah pergi buat selama-lamanya. 


Arisara meraih populariti kerana kerap berkongsi gambar-gambarnya memakai kostum watak animasi dan permainan video yang ketat di media sosial, komuniti diet di mana dia berjaya menguruskan badannya dalam tempoh tiga minggu. 


Ibunya, Supicha, 57, berkata, Arisara lebih dikenali dengan nama popularnya, Alicebambam, dalam keadaan tergesa-gesa ketika makan makanan tradisional Thailand iaitu Kebab Babi menyebabkan makanan itu tersekat di kerongkongnya.


Arisara kemudian dibawa ke hospital, tetapi doktor memaklumkan mereka terlambat sembilan minit dan otak mangsa mengalami kekurangan oksigen untuk tempoh yang agak lama. 


Pada 2015, Arisara menjadi tajuk utama portal hiburan negara itu apabila dia dicabar oleh pemilik syarikat makanan diet dan suplemen, Shane Thana, untuk menurunkan berat badannya dalam masa tiga minggu dengan ganjaran RM127,000. 


Thana berkata, kebanyakan peminat Arisara meluahkan rasa kecewa kerana dia lebih berat daripada apa yang ditayangkan dalam gambarnya. Arisara berjaya menurunkan berat badan tetapi Thana hanya akan membayar ganjaran itu sekiranya Arisara menurunkan lebih banyak lagi berat badannya. 


Di posting terakhir Arisara di Instagram yang dimuat naik sebelum kejadian itu, ramai netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah. 


Ibu Arisara berkata, "Saya ingin mengingatkan semua remaja agar menjaga kesihatan masing-masing dengan baik, makan tepat pada masanya dan mendapatkan rehat yang secukupnya. 


"Jika saya ada bersama dengan dia, tragedi seperti ini tidak akan berlaku. Dan saya tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepada sesiapa atau mana-mana keluarga lagi". 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2022/06/instafamous-terkenal-thailand-maut.html
Previous
Next Post »