BBNU bergaduh berebut awek sekolah menengah, 3 lagi suspek diburu polis



Selasa lalu, polis menahan lapan individu yang disyaki terbabit dalam kes pergaduhan sekumpulan pemuda bersenjatakan kayu besbol, membelasah seorang lelaki di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya. 


Kesemua suspek berusia 14 hingga 21 tahun itu ditahan dan mengaku terbabit dalam kejadian itu yang berpunca daripada perebutan teman wanita yang juga merupakan pelajar sekolah. 


Video kejadian yang berlaku pada jam 2.10 pagi Selasa lalu itu juga tular di media sosial. Semakan rekod mendapati, dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau. 


Polis kini sedang giat memburu tiga lagi suspek termasuk seorang remaja. Ketiga-tiga suspek kini disenaraikan sebagai Orang Dikehendaki, sedang dikesan untuk membantu siasatan. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil menyalurkan maklumat terus kepada IPD Klang Selatan dengan menghubungi balai polis berhampiran. 


Enam suspek akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, manakala seorang suspek dijadikan saksi pendakwaan dan dua lagi suspek dibebaskan tanpa syarat. 


Ketika dituduh di Mahkamah Klang pada 1 Jun lalu, kesemua suspek membuat pengakuan tidak bersalah dan ditawarkan jamin mahkamah. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/06/bbnu-bergaduh-berebut-awek-sekolah.html
Previous
Next Post »