Bapa saudara jadi punca budak 3 tahun overdose dadah dipenjara 3 tahun

Foto tertuduh | Harian Metro


Lelaki yang menjadi punca anak saudaranya 'overdose' dadah jenis methaphetamine dan heroin, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 


Tertuduh, Mohd Shahrizuan Alias, 32, mengaku bersalah selepas dibacakan pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zukifli. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mendedahkan mangsa berusia tiga tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) kepada sesuatu yang membahayakan tubuh badannya iaitu dadah sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami keracunan dadah. 


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai pada jam  3 petang, 18 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali. 


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh pula tidak diwakili oleh peguam. 


Sebelum dijatuhkan hukuman, Mohd Shahrizuan yang juga peniaga memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia perlu menyara keluarga dan mempunyai dua anak kecil. 


Bagaimanapun, mahkamah memerintah tertuduh dihukum penjara tiga tahun dari tarikh ditangkap dan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM3,000 dengna seorang penjamin selama tiga tahun, selain perlu menjalani perintah khidmat masyarakat selama 180 jam. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/06/bapa-saudara-jadi-punca-budak-3-tahun.html
Previous
Next Post »