Pelajar Tingkatan Satu dicabul 2 lelaki di chalet Pantai Sri Tujoh



Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu mendakwa dia dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, malam kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, remaja berusia 13 tahun itu terdahulu meminta kebenaran ibunya untuk keluar rumah dengan alasan mahu makan bersama rakannya pada jam 9 malam. Namun, selepas jam 11 malam, mangsa masih belum pulang. 


Selepas berjaya dihubungi, mangsa memberitahu dia berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki. 


Keluarganya terus bergegas ke lokasi dan memeriksa bilik di premis itu sebelum terdengar suara mangsa dari sebuah bilik di mana ada seorang lelaki sedang tidur di hadapan bilik itu.


Sebaik saja pintu bilik dibuka, pengadu mendapati mangsa bersama dua lelaki. Ketika tiga lelaki terbabit yang berusia 20-an itu sedang disoal, salah seorang daripadanya melarikan diri selepas berlaku pergelutan di antara mereka. 


Difahamkan, mangsa telah dipaksa masuk ke dalam bilik dan ketiga-tiga suspek enggan menghantarnya pulang ke rumah. Akibatnya, mangsa telah diraba oleh dua suspek, sementara seorang lagi suspek bertindak sebaagi pendaftar bilik dan mengawal di luar. 


Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan lama akibat objek tumpul.


Mangsa kemudian menagku pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu pada awal Mei 2022. 


Dua suspek berkenaan telah direman selama enam hari untuk siastan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/06/pelajar-tingkatan-satu-dicabul-2-lelaki.html
Previous
Next Post »