Treler bawa muatan kayu balak terbalik, Jalan Gua Musang- Kuala Krai alami kesesakan teruk (6 Gambar)

Foto ihsan netizen


Sebuah treler yang membawa muatan kayu balak terbalik dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, petang semalam.


Kejadian  yang berlaku pada jam 6.30 petang itu menyebabkan pemandu treler cedera ringan dan laluan di dua-dua arah mengalami kesesakan sehingga lima kilometer disebabkan kayu balak yang jatuh menghalang laluan.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu sebuah treler dan empat kereta. Kemalangan tersebut dikatakan berlaku apabila kereta jenis Proton Wira dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang terbabas ke kanan sebelum melanggar treler muatan kayu balak.


"Pada masa sama, dua Perodua Alza dan sebuah Proton Exora tidak sempat mengelak dan terlanggar kayu balak yang jatuh di jalan.


"Susulan kejadian itu, berlaku kesesakan teruk di kedua-dua arah sehingga lima kilometer berikutan kayu balak yang menghalang laluan," katanya menerusi kenyataan media.








Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.


Insiden tersebut juga telah menimbulkan tanda tanya netizen bagaimana pihak kerajaan negeri telah menafikan tiada pembalakan yang berlaku di negeri tersebut.


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/06/treler-bawa-muatan-kayu-balak-terbalik.html
Previous
Next Post »