PM umum bantuan tambahan RM100 untuk golongan B40, tiada bantuan untuk golongan M40



Golongan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup ekoran penarikan balik subsidi harga ayam, telur dan kenaikan harga barang, akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusia Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). 


Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, BKM yang diberikan dalam Belanjawan 2022 memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini dan bantuan itu adalah yang tertinggi setakat ini pernah diberikan oleh kerajaan. 


"Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. 


"Bayaran Fasa 2 BKM membabitkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. 


"Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan dan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta," katanya. 


Bayaran tambahan tunai itu akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang. 


Bagi penerima yang layak, mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai Isnin dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 juta, sekali gus dapat meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. 


Ismail berkata, kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa terutamanya membabitkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar. 


Sementara itu tinjauan di media sosial menyaksikan, netizen tidak bersetuju dengan pemberian 'tunai' itu yang dianggap tidak adil terutamanya golongan M40. 


"Dari bagi cash pada rakyat, yang belum tentu semua dapat, baik buat pada subsidi baru semua dapat. Apa punyalah PM ni. Sejak BN menang ni, makin menjadi-jadi naiknya," kata Abd Hamim. 


"Bukan tak bersyukur, tetapi RM50 tu terlalu banyak," sindir Man. 


"M40? Dapat tengok je lah kan dan tolong kerajaan topup dana je la sampai ke sudah," kata Siti Shamila. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/06/pm-umum-bantuan-tambahan-rm100-untuk.html
Previous
Next Post »