(Video) 'Sikit-sikit kau baring, sikit-sikit kau baring, bapak kau!' - Provokasi punca kekecohan di antara penyokong The Red Warriors & Perak FC



Semalam tular di media sosial kekecohan yang berlaku di Stadium Sultan Muhamad IV, Kelantan. Punca kejadian dikatakan kerana tindakan segelintir penyokong lawan yang membuat provokasi terhadap penyokong tuan rumah pada aksi Liga Perdana antara The Red Warriors (TRW) dengan Perak FC.


Provokasi itu berlaku ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menuju ke minit akhir permainan. Tindakan itu juga mengundang kepada insiden berbalas balingan objek antara kedua-dua penyokong. Insiden itu juga memaksa penyokong lawan memasuki kawasan padang dan berkumpul di situ.




Susulan itu, penyokong TRW berkumpul di luar stadium sehingga memaksa pihak keselamatan bersama pasukan polis mengawal keadaan dan tidak membenarkan penyokong Perak FC daripada keluar. Pemain juga dikatakan terpaksa berlindung di tengah stadium bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Satu video tular yang dirakamkan pada minit ke -85 juga mencuit hati netizen apabila pemain import dari Perak FC, Afolabi pada mulanya meraikan kejayaan pasukan mereka bersama penyokong Perak FC. 


Dia melompat keriangan dan bertembung dengan Latiff Suhaimi. Secara tiba-tiba Latiff Suhaimi dari pasukan TRW menolak beliau lalu Afolabi jatuh tergolek seakan menahan kesakitan yang amat.



Keputusan Liga Perdana semalam Kelantan FC tewas 1-2 di tangan Perak.


Sumber: Sinar Harian, Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/08/video-sikit-sikit-kau-baring-sikit.html
Previous
Next Post »