'Kalau orang benci kita, rezeki tu macam tersekat-sekat' - Ifa Raziah mohon maaf, enggan terus dibenci



Penyanyi Ifa Raziah, 47, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam program Terpaling Juara di TV3, malam tadi susulan kontroversi bergelek di satu majlis akikah baru-baru ini. 


"Hari ini saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tak kira di mana anda berada dan saya memaafkan juga orang-orang yang mengata saya. 


LAPORAN BERKAITAN:


"Memang niat saya, nak buat permohonan maaf ketika berada di pentas tetapi tidak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun tak apa. 


"Alhamdulillah ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan saya berharap benda ini tidaklah berpanjangan lagi," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Isnin, 22 Ogos 2022. 


Menurut Ifa, dia membuat permohonan maaf itu tanpa didesak oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, keinginan berbuat demikian datang secara ikhlas dari hatinya sendiri. 


"Pada saya, maaf itu satu benda yansg baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak ego atau apa. Bila saya fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat," katanya. 


Mengambil kira dengan apa yang sudah berlaku, Ifa berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan tidak akan berkongsi apa-apa di media sosial sekiranya ada jemputan persembahan yang tidak disukai oleh orang.



source https://www.thereporter.my/2022/08/kalau-orang-benci-kita-rezeki-tu-macam.html
Previous
Next Post »