'Saya sedih, kenapa ramai kecam saya' - Tak hirau kecaman, Aliff Syukri nekad lancar MV Baby Sayang, Baby Shima dakwa netizen banyak berimiginasi



Buat hal, ditegur pihak berkuasa atau pendakwah bebas, menangis kemudian minta maaf dan umum bertaubat untuk meraih simpati orang. Beberapa minggu kemudian, ulangi semula kesilapan dengan sengaja atas alasan mahu berniaga mencari rezeki halal. 


Itulah taktik ahli perniagaan Aliff Syukri untuk mendapatkan perhatian netizen bagi melariskan produknya. Biarpun dikecam, ditegur, telinga atau mata bagaimanapun terlalu tebal untuk menerima teguran dan otak terlalu tepu untuk berfikir untuk menginsafi perbuatan tidak bermoral itu. 


Baru-baru ini, tampil mencetuskan kontroversi menggunakan taktik yang sama dengan melakukan aksi ghairah bersama penyanyi Baby Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli, untuk mempromosikan lagu baharunya, Baby Sayang. 



Dalam video teaser yang dikongsikan di Instagram, Aliff yang sedang menyanyi ditemani oleh Baby Shima yang memakai seluar pendek menari dengan aksi lentiknya tanpa sebarang rasa malu dan sengaja mempertontonkan bentuk badannya kepada umum. 


Selepas 'berduet' dengan Baby Shima, Aliff bagaikan tidak menghirau teguran dari pelbagai pihak dan terus memuat naik video aksi geleknya bersama TikToker Ratu Farah Diva, sekali gus mencemarkan imej wanita beragama Islam. 



Baby Shima dalam kenyataannya yang disiarkan Harian Metro berkata, dia sedar dengan kecaman netizen tetapi enggan mengendahkan itu semua dan menganggap netizen terlalu banyak menonton cerita tidak bermoral dan berimiginasi. 


"Komen netizen ini saya tak ambil kisah. Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa, mungkin mereka yang banyak menonton (Cerita tidak bermoral) dan berimiginasi," katanya. 


Jelas Baby Shima lagi, menyanyi sambil bergelek adalah perkara biasa sebagai penyanyi dangdut. 


Video kontroversi itu turut menarik perhatian bekas peserta Da'i, Wan Dazrin yang sekali lagi memberi teguran kepada ahli perniagaan terbabit. 


"Dari dulu sampai sekarang, banyak kali rasanya teguran terbuka daripada saya. Tapi nampaknya masih sama. Sayang seribu kali sayang kerana nasihat tidak pernah berhasil. Kita nasihat sebab sayang, kita marah sebab prihatin. 


"Pergilah Aliff dengan keduniaan itu. Satu masa kamu akan terduduk dan menyesal. Satu masa Aliff akan faham populariti itu sementara," katanya. 


Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak juga memberi teguran terbuka kepada Aliff Syukri untuk membatalkan pelancaran lagu yang tersebut yang mengandungi unsur negatif dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum, apatalah lagi bertentangan dengan ajaran Islam. 


"Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuna kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang," katanya. 


Difahamkan, pelakon Aeril Zafrel sempat meninggalkan komen di video tidak senonoh itu sebelum Aliff menyahaktifkan ruangan komen. Aliff membalas dia sedih dan kecewa mengapa ramai yang mengecamnya. 


"Saya sedih, kenapa ramai kecam saya. Saya kecewa," katanya seperti mana yang telah dijangkakan. 


Sumber: IG Aliff Syukri



source https://www.thereporter.my/2022/08/saya-sedih-kenapa-ramai-kecam-saya-tak.html
Previous
Next Post »