'Koyak teruk hari ni, tiada seorang pun nak bagi laluan' - Lelaki kesal tak diberi peluang guna lif walaupun bawa stroller & isteri hamil



Kebiasaannya di mana-mana pusat beli-belah akan memberi peringatan kepada para pengunjung bahawa perkhidmatan lif perlulah diberi keutamaan kepada pengunjung kategori warga emas, ibu bapa dengan anak dan stroller, dan warga Orang Kurang Upaya (OKU). 


Peringatan yang telah diberi sejak sekian lama namun sehingga ke hari ini masih ada yang tidak mengamalkannya. Malah, ada yang sanggup 'buat bodoh' apabila diminta memberi ruang/peluang kepada golongan yang memerlukan untuk menggunakan lif. 




14 Ogos lalu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewanya berhubung insiden yang berlaku di pusat beli-belah Suria KLCC di mana pengunjung yang menggunakan lif enggan memberi peluang kepada dia bersama dengan anak kecil dan isteri hamil. 


"Koyak teruk hari ni. 7-8 round tunggu turn nak naik lif di KLCC. Punyalah ignorant, tak ada seorang pun bagi laluan. Padahal semua muda-muda, bawa shopping bag je, bukan stoller atau warga emas. 


"Lama sangat menunggu, last-last kami mengalah. Lipat stroller, dukung anak, turun guna eskalator," kata lelaki itu yang menggunakan nama Ameenazizul. 


Ciapan tersebut kemudian mendapat banyak perhatian netizen. Tetapi salah satu ciapan balas dari netizen yang menarik perhatiannya adalah, "Siapa suruh kau buat anak bang" - @moonlightbay_, tanpa sebarang rasa bersalah. 




Menurut Ameenazizul, dia pada ketika itu sudah menegur dan meminta diberikan peluang untuk menggunakan lif dengan cara baik disebabkan mereka membawa stroller dan isterinya hamil lima bulan. 


"Kami dah tegur dan dah cakap elok-elok minta bagi laluan sebab kami bawa stroller dan isteri hamil lima bulan. Tapi memang tiada seorang pun nak keluar dari lif dan buat tak tahu. 


"Saya kata saya koyak bukan sebab penat, tetapi sebab saya amat berharap dengan sikap timbang rasa dari orang kita sendiri," jelasnya. 


Walaupun penjelasan sudah dibuat, namun masih ada netizen yang bertindak menyalahkan Ameenazizul yang membawa keluarganya ke pusat beli-belah pada hujung minggu. Lebih teruk lagi, segelintir pula beranggapan individu sudah berkeluarga atau bujang masing-masing mempunyai hak untuk menggunakan lif. 



Ciapan-ciapan kurang cerdik dari individu yang mementingkan diri itu kemudian dibidas oleh netizen. 



Sumber: Twitter @Ameenazizul



source https://www.thereporter.my/2022/08/koyak-teruk-hari-ni-tiada-seorang-pun.html
Previous
Next Post »