(Video) 'Najib perlu diberi masa (untuk bela diri), harap ini bukan hukuman politik' - Yusuf Azmi nafi sokong parti politik



Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, berpandangan bahawa pihak mahkamah sepatutnya memberi Najib lebih banyak masa untuk membela diri bagi membentangkan bukti untuk menyangkal semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, dalam usaha mencari keadilan. 


Dalam video yang tular di media sosial, Yusuf Azmi berkata, dia berharap hukuman yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu bukanlah hukuman politik dan dalam masa sama pihak mahkamah katanya perlulah ada budi bicara. 


"Hukuman yang dijatuhkan mahkamah kita tidak boleh ingkar, sebab perkara ini seolah-olah kita melanggar hukum negara kita ini, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, maksudnya kita tak boleh nak kata mahkamah meletakkan satu benda yang tak betul dan tepat. 


"Tetapi kita juga perlu melihat keadaan di mana usia beliau yang saya nampak yang perlu diberikan masa ataupun tempoh. Dengan faktor kesihatan dan sebagainya, apa saya nampak hukuman mesti dijalankan, hukuman perlu diteruskan tetapi bagi saya kita perlu ada budi bicara. 


"Walaupun ia jenayah, penipuan dan sebagainya tetapi bagi saya, yang kita harap ini bukan hukuman politik, berdasarkan pilihan raya nak dekat, bukan kerana disebabkan hari ini PRU dah tak lama lagi kan, ataupun nak menjatuhkan dan sebagainya," katanya. 



Bagaimanapun, netizen menyifatkan Yusuf Azmi cuba memberi 'komen selamat', tetapi dalam masa yang sama netizen merasakan Yusuf Azmi seolah-olah menyokongan Najib yang telah disabitkan bersalah dalam penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 



Netizen menularkan kembali video pengerusi Semboyan Malaysia itu yang sebelum ini pernah menampar seorang lelaki warga asing kerana menciplak dan menjual baju Semboyan Malaysia untuk mendapatkan keuntungan, tetapi berbeza dalam kes Najib yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah. 



Menyedari dirinya menjadi bahan kecaman di media sosial, Yusuf Azmi tampil memberi penjelasan dan meminta pihak media berlaku adil dengan menyiarkan video temubual yang penuh. 


"Saya nasihatkan dan ingatkan kepada rakan media, kalau interview saya janganlah dipotong banyak sangat. Interview sampai 10 minit, tapi post 1 minit. Boleh menimbulkan fitnah terlalu besar. 


"Media minta saya komen tentang Dato' Seri Najib Razak, postlah video penuh. Macam saya kata sebelum ini, saya bukan orang politik, isu politik jangan minta saya komen la. Bila mendesak nak kita komen, postlah video penuh. 


"Ini post di TikTok satu minit. Bila netizen melihat video tersebut seolah-olah saya menyokong parti politik. Hati-hati nak views sekali pun. Kalau kejar views tapi menghancurkan karier orang, itu kan satu dosa. Apa pun saya maafkan," katanya. 





Sumber: Vocket, IG Yusuf Azmi


source https://www.thereporter.my/2022/08/video-najib-perlu-diberi-masa-untuk.html
Previous
Next Post »